Search This Blog

like

Total Pageviews

Translate

Monday, February 27, 2012

hati oo hati

hati itu suci..
serjernih limpahan kasih..
tapi ia akan jadi hitam,.rosak,..kalau ianya dicemari dengan perkara-perkara mungkar...
dari hati lahir sifat cinta , sayang , suka..
tapi
kerana hati juga kita ada sifat marah
V
 lepas itu,
hati jugak ada perasaan kecewa.
V

hati kita juga boleh rase terkunci

macam-macam boleh wujudkan..
semua yang jadi ada sebab yang sendiri...
buat apa nak cemarkan hati yang suci dengan perasaan marah dan kecewa??
dan
buat apa pulak nak kunci hati sendiri?
*************************************
admin baca pun admin xfaham,..
then
we go straight to the point.
pernah tak readers terfikir untuk dapat atau kenal orang yang feeling less nie?
feeling less bukan sebab dia tak ada perasaan tapi feeling less sebab dia tak pandai untuk tunjuk reaksi,..
reaksi marah,suka,tak suka, sayang, tak sayang semua sama saje.
ish...ish...
ada jugak orang macam ini rupanya.
kalau ada,..readers maafkan la dia..
dia mungkin jenis orang yang xpandai nak ambil hati,...tak jaga hati...
kehadiran orang macam ini memang macam antara ada dengan tak ada...
...bahaya...
tapi admin pasti itu adalah kelemahan dia..
dia tak pernah pun memaksa untuk orang lain rasa suka mahupun terasa dengan perbuatannya..
bagi admin orang macam ini memang pada zahirnya macam tak ada perasaan tapi perasaan kecewa atau sayang mereka hanya dapat di gambarkan melalui hati...
hati siapa yang boleh tahu?...
diri sendiri la kan??
******************
seriously, feeling less persons are not force u to love,like or what...
if u're leave them,...
with the broken heart,..they will survive...
feeling less are very good in positive thinking...
  so,..they will not angry with u if u make them disappointing.
they believed in one.
ALLAH ARE KIND TO UNDERSTAND WHAT THEIR HEART SAYS.
 ALLAH KNOWS THE BEST THINGS FOR THEM 
and that y they are not complain on u, but with their heart means only by their god...


Sunday, February 26, 2012

cita-cita pelik


cita-cita??
mesti semua orang ada cita-cita sendiri kan,...
macam-macam kita boleh jadi dekat dalam dunia yang serba panas ini.(cuaca tengah panas masa admin tulis entri ini)


ingat dulu,..admin masa sekolah rendah nak jadi polis..
polis??...huhu. .>_<
bila fikir-fikir balik mungkin sebab admin suka sangat tengok cerita "Gerak-gerak Khas"..
*******************************************
lepas itu,..cita-cita bertukar pulak nak jadi seorang saintis..
sebab mungkin masa itu ikut kawan,
bila cikgu tanya siapa nak jadi saintis ...orang lain angkat tangan..admin pun angkat tangan la...nak kata rasa suka sangat dengan subjek sains, memang tak la kan,.dapat keputusan pun suam-suam kuku..
************************
yang agak pelik,..admin penah jugak bercita-cita nak jadi seorang pembaca berita.
siap ambil kotak,..buat macam admin dalam tv...
hebat kan,..penonton masa itu, kucing-kucing admin sahaja..
****************
kalau hendak kata cita-cita sebagai guru,peguam ke doktor...rasa mcam dah biasa dengar..
yang pasti kita masa kecik-kecik kita tak pernah sedetik pun bercita-cita untuk menjadi orang jahat,..
betul x?
sekarang admin ada cita-cita yang kukuh,..
admin nak jadi seorang businesswoman yang berjaya dalam bidang makanan, disamping bercita-cita untuk menjadi seorang anak,kawan dan teman yang baik....

admin  teringat,walaupun cita-cita ini tak pernah wujud dalam kamus hidup admin masa sekolah tadika atau sekolah rendah,..tapi admin teringat yang admin mula cintakan buku resepi seawal umur 7tahun...rasa seronok sangat tengok makanan yang ada dalam buku itu,..resepi yang ada,..admin salin kat dalam buku lain...walaupun tak reti baca sangat masa itu..
**************************
manusia dilahirkan untuk menjadi seorang yang baik.
tak kira macam mana jalan cerita yang ada sifat itu sentiasa ada dalam fikiran setiap insan...
so,..ingat-ingat balik,..pernah ke readers bercita-cita nak jadi orang jahat??...
pucuk pangkal,..semua datang dari kita...jadi baik bukan alasan tapi ia satu titik permulaan..
tak  ada orang yang lahir untuk menjadi seorang yang jahat..

Saturday, February 25, 2012

teman tapi mesra tiada jaminan

kawan ialah teman tapi ada macam-macam jenis bukan??..
 

ada kawan atas sebab kita kenal nama sahaja (Facebook la tu),...
ada jugak kawan sebab kita memang kenal dia..
ada kawan yang baik,..
ada juga kawan yang tak berapa nak baik..
ada kawan pulak macam tak ada kawan...

haih,..macam-macam,...
yang penting,..kawan ialah teman yang memang ada untuk kita..
bohong la kalau kat dunia ada orang yang memang tak ada kawan,..
so,...memang sudah jadi lumrah hidup,..kita perlu berteman dan berkawan...

ramai kata teman yang baik susah dicari....
betul??
betul la kan,.. sebab dalam dunia ini bukan semua orang baik,...
kalau readers semua ada kawan yang boleh ajak bergurau,..meluahkan perasaan,saling menghormati dan saling berkongsi pendapat..
jagalah perhubungan itu baik-baik,...

tapi yang jadi persoalan adalah
apa itu teman tapi mesra??
memang tak sama ke dengan teman baik?
bagi admin teman tapi mesra ialah teman yang nampak akrab,serasi bersama tetapi pada hakikatnya mereka tidak bercinta..
rasanya ramai yang mengalami situasi yang macam ini...
kalau kedua mereka memang single mungkin xjadi masalah jika hubungan mereka di salah tafsirkan oleh orang lain...
tapi kalau dah berpunya,..tak perlu rasanya nak ada hubungan macam ini,..bukan jadi teman tapi mesra dah,..tapi jadi skandal,jadi buah mulut orang pulak dah nanti...
tapi pedih juga kalau jadi teman tapi mesra kalau kedua-duanya single,..pedih bila  mana ,kalau salah seorang dari mereka berdua ini dapat kekasih hati...
silap-silap menangis....
kalau nak diteruskan hubungan itu,..dah jadi macam orang ketiga pulak,
silap habis runtuh bahtera bahagia orang lain dek perbuatan kita tu...
*******
teman tapi mesra ini memang tak ada jaminan langsung...
meskipun orang tu pergi,..kita memang xboleh nak kata apa-apa sebab kita tak ada hak untuk pertikaikan kenapa dan mengapa...

*************************************

btw: i have a full explanation y i'm here as your "teman tapi mesra" but not your lover...
...... from a deep in my heart,..i would say  i <3 u and i just want to see your happy...
if true u are leave me,.. i never would to blame u,because i know u are good enough to make decision...
is enough to know that Allah know what i want....
I LOVE U BECAUSE ALLAH....

Wednesday, February 22, 2012

modal cinta

dalam dunia ini tiada yang percuma.
melafazkan cinta mungkin hanya memerlukan modal keberanian dan air liur sahaja.
tetapi untuk membina cinta tersebut ia memang memerlukan sesuatu yang lebih dari itu.
cinta monyet,cinta sejati mahupun cinta sehidup semati..
ia memerlukan modal pengorbanan yang sangat mendalam.

belum ada yang percuma,semuanya memerlukan pengorbanan yang sangat unik..

MASA:
kalau dulu mungkin anda banyak masa yang terluang. boleh lepak seorang diri atau dengan rakan yang lain.
tetapi,sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pula,..
nak teman pergi "shopping",bersiar-siar...nak makan sama sekali.
semua perlukan pengorbanan..

BIL TELEFON:
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain.
jika sebelumnya bil telefon setakat dua tiga puluh ringgit,tetapi apabila sudah di lamun cinta bilnya naik berganda-ganda.

HADIAH:

setiap kali hari jadi dan ulang tahun percintaan anda berdua,sudah pastinya anda terpaksa menyediakan hadiah untuknya.
kalau di berikan hadiah yang murah,mungkin dia tidak suka,tetapi hendaklah dibelikan hadiah mahal tidak mampu rasanya. adakalanya bukan setakat hadiah sahaja yang mahu disediakan,malah kena juga belanja makan.

KOS MAKAN DAN MINUM:
jika dulu,anda cuma makan sorang...tetapi sekarangsudah menjadi dua orang pula.
maknanya bajet pun dah bertambah. nak jimat??
anda bolehlah bayar asing-asing setiap kali bersama.
boleh juga sekali-sekala bawa bekal dari rumah.

TAMBANG:
bagi yang tidak ada kenderaan sendiri,tambang pasti akan bertambah . meskipun ada kenderaan sendiri,..duit minyak pasti juga bertambah.
maklumlah,sukar untuk menolak permintaan si dia yang hendak ke sana dan ke mari.
namun ada cara lain yang boleh dilakukan untuk berjimat,iaitu jalan kaki tetapi ianya tidak boleh di buat selalu ,selepas ini mungkin anda akan jalan seorang diri.

PAKAIAN:
anda terpaksa keluarkan lebih belanja untuk membeli pakaian baru.
si dia tentu tidak suka melihat anda kelihatan selekeh atau ala kadar.

*******************************************

ia memang memerlukan pengorbanan wang ringgit dan tenaga malah masa.
namun di ingatkan supaya pasangan tidak membebankan pasangan yang lain,..hal ini kerana masalah lain akn timbul selepas itu.
berkongsi , menyelesaikan masalah bersama, saling membantu...adalah nampak lagi manis bukan?

>_<

Tuesday, February 21, 2012

KETIDAK PERCAYAAN LELAKI TERHADAP WANITA.

Dalam setiap perhubungan keserasian amat diperlukan.
namun ada beberapa aspek yang lebih penting di dalam setiap perhubungan.
kepercayaan...jika kita mempunyai keserasian yang amat tinggi tetapi tidak mempercayai pasangan anda,..saya percaya benteng keserasian anda akan runtuh di telan dek zaman yang pesat membangunan.
>_<
adakah anda percaya dengan pasangan anda?

********
antara faktor yang menyebabkan ketidakpercayaan anda terhadap pasangan anda ialah:

pertama:
perangai pasangan anda yang kurang menyenangkan.
masing-masing mempunyai perangai yang amat berbeza.
no body is perfect,so no wonder everyone will do a mistake.
:)

kedua:
anda tidak yakin dengan pasangan anda.

ketiga:
selalu membezakan antara orang lain.
sebagai contoh: kita selalu bezakan antara ex.. ada sahaja yang tidak kena.

keempat:
status anda. kadang-kadang lelaki akan mempertikaikan kedudukan tahap,..mungkin disebabkan perempuan itu lebih pandai atau kaya.
if u feel it,..i think u should always remember and remind yourself that our destiny has been chosen by Allah.

kelima:
jarak.
jarak akan menjadi sebab kenapa anda tidak percaya.
sebab itu ada pepatah yang menyatakan cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan.

keenam:
hadirnya persaingan.
di dalam dunia yang meningkat membangun,kita mempunyai hati yang tulus untuk berasa suka kepada sesiapa...mungkin orang yang anda suka adalah kekasih orang.
di sebabkan ini,saya percaya kita akan cuba membandingkan dan pada waktu itu kita akan nampak yang mana lagi baik atau sebaliknya. 

sindrom carpal tunnel... :(

Sindrom Carpal Tunnel??
carpal tunnel ini adalah satu jenis sindrom penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja.
Sindrom Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

antara simptom-simptomnya ialah:
  1. kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan. perkara ini sering berlaku apabila kita sedang memegang objek seperti telefon atau surat khabar. dan pesakit kebiasaannya akan mengoyangkan tangan untuk mengurangkan simptom tersebut.
  2. kesakitan yang terjadi pada ssendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas,bahu atau ke tapak tangan dan jari.
    hal ini berlaku jika pesakit melakukan kerja berat atau mengunakan tangan secara berterusan.
  3. rasa lemah pada bahagian tangan akan menyebabkan objek yang dipegang akan terjatuh.


mereka yang beresiko untuk terkena penyakit ini adalah mereka yang mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan secara berlebihan dalam perkerjaan.

punca ianya berlaku pada saya ialah:
penggunaan tangan secara berulang dan berterusan.
lebih dari itu saya pernah mempunyai kecederaan di bahagian pergelangan tangan.

golongan wanita dikatakan mengalami 3 kali ganda resiko untuk terkena sindrom ini. ia juga di katakan di sebabkan keturunan.


kau

sukar menilai hati seorg insan...
dan lebih sukar utk menafsir hati sendiri...
kau..
akoo berikan satu kepercayaan..
memegang janji setia shbt..
mengikat silaturrahim kita..
bersama meniti usia..

kau...
akoo impikan sebaris senyuman...
di setiap geri lakumu..
akoo inginkan genggaman erat...
disepanjang langkah perjalanan..

Tuhan...
akoo panjatkan setinggi doa...
agar dieratkan jalinan kami..
disegari haruman SAHABAT SEJATI...



by: Azirah Azeni

Monday, February 20, 2012

PENGAKHIRAN KITA


Sila beri tempoh masa,
Sampai bila harus aku mencintai kamu?
Berikan aku satu skala,
Berapa banyak cinta harus aku beri?

Andai dari awal,
Kau perkenankan keinginanmu yang sebenar,
Tidaklah aku begini sakitnya.

Andai aku tahu,
Aku hanya pelabuhan persinggahan,
Untuk hatimu yang sepi,
Tidak aku selami maknanya cinta.

Kini,
Aku tetap teruskan hidupku sendiri,
Jika ini takdirku,
Aku syukur selalu.

by: Azirah Azeni

tanda-tanda dia hanya kawan baik,.


dia baik,memenuhi citarasa dan yg paling penting dia mempunyai ciri-ciri idaman.
tetapi ,ada ketikanya hati berdolak-dalik . betulkah dia pilihan yang tepat ?
ada beberapa faktor yang mencetuskan rasa tidak pasti ini bukan?

namun , apabila berada di sisinya kita berasa tenang. adakah dia lebih sesuai untuk dijadikan kawan baik atau memang ada alasan yang begitu kukuh untuk dia menjadi seorang kekasih?

berikut merupakan sebab dia cuma boleh jadi kawan baik anda:

pertama:
dia boleh bergelak besar sewaktu menceritakan insiden diri mahu digoda oleh teman baiknya.
ini bermakna sewaktu saat anda menceritakan cerita sebegitu,perangainya sedikit pun tidak berubah mahupun kelihatan cemburu,.

kedua:
apabila bertengtangan mata dengannya,kita tidak terasa getaran atau dada berdebar-debar.
perkara ini mungkin berlaku kita terlalu kerap berjumpa dengannya,walaupun tiap hari berjumpa sepatutnya  kehangatan padangan mata masih lagi terasa jika perasaan cinta itu saling hangat membara..

ketiga:
setiap kali membuat temu janji anda tidak pernah pon susah hati memikirkan soal baju,gaya dan penampilan anda,.
its because when we are in love we just want do a best thing to our lover,..want to look nice in their eyes what ever situation is..
>_<

keempat:
di mesin bayaran :parking: ,dengan wajah yang agak selamba dia tidak kisah meminta anda membayar parking tersebut dengan alasan tiada wang kecil.
love deserves to be good so what ever hard situation is we never put a reasons...

kelima:
bila menonton cerita lucu,dia tidak pernah pun nak "cover" cara dia ketawa...walaupun pada masa itu perkenalan anda masih terlalu awal.

keenam:
di saat bercuti, kita tidak teringat langsung pada dirinya.

ketujuh:
si dia tidak pernah malu-malu untuk meminta anda membayar makan malam.

kelapan:
setiap kali berhubungan dia hanya meninggalkan kesan "missed call" pada anda.
tanpa teragak-agak juga dia menyatakan kredit tinggal sikit.

kesembilan:
tatkala anda bercerita tentang masa lalu,pengalaman putus cinta . dia mendengar dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak menunjukkan sebarang emosi.

kesepuluh:
dia tidak pernah menunjukkan sebarang keinginan dan isyarat tentang masa hadapan hubungan yang terjalin.

kesebelas:
dia tidak pernah langsung menampilkan keinginan untuk mengetahui hal peribadi anda seperti siapa keluarga anda dan sebagainya.

kedua-belas:
dia tidak ingat akan hari lahir anda,.meskipun kalau dia ingat dia hanya belanja anda rojak dekat kedai mamak..
paling cun apabila hadiah yang selalu dia belikan untuk anda ialah penanda buku atau keychain semasa bercuti.

ketiga-belas:
setiap kali memperkenalkan diri anda dengan orang lain ,..dia hanya mengunakan perkataan..
"INI KAWAN SAYA"


***********************
itu adalah antara tanda-tanda dia hanya kawan baik kita

****
friends that not have reasons to existence.
so don't make our friends feeling uncomfortable with our attitude.
  is really hurt when we loss our love but
is really double-double hurt when we loss our best friends.




Saturday, February 18, 2012

bertemu dalam mimpi


Kau datang lagi,
Menjadi peneman tika mata ku terpejam,
Kau hadir seolah memberi harapan,
Dan kau hilang bersama malam.

Senyumanmu,
Membahagiakan ramai insan,
Tawamu,
Menghilangkan setiap tekanan.

Sungguh istimewa kau dalam hidupku,
Setiap detik dalam ingatan,
Setiap hembusan nafas kau ku rindukan.

Terlalu jauh kau untukku gapai,
Sangat sukar kau untuk ku miliki,
Lalu aku pejamkan mata,
Kerna di situ bertemunya kau dan aku.

by: Azirah Azeni

Friday, February 17, 2012

Keserasian mengikut Hierarki

hari ini admin nak kongsi maklumat berkaitan interaksi dan hubungan di antara anda serta pasangan anda berdasarkan kedudukan keluarga masing-masing.
tapi perlu diingatkan , hubungan yang di jalinkan sebenarnya bergantung kepada persefahaman dan jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T
  • sulung dengan sulung
    hubungan pasangan ini berpeluang besar untuk sering bertegang urat. masing-masing sentiasa suka berkeras dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. jika hubungan terjalin, ia memerlukan pengorbanan jiwa yang besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
  • tengah dengan tengah
    pasangan ini sesuai dan boleh melakukan apa sahaja yang mereka sukai. mereka sangat selesa bersama.
    namun begitu anak tengah dikatakan suka menyimpan rahsia. bagaimanapun,masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pendai berkompromi dan sentiasa ingin berdamai.
  • bongsu dengan bongsu
    bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan.
    namun apabila tidak melihat kenyataan tentang konflik kehidupan dengan betul,mereka sukar untuk mengawal situasi. kedua-duanya lebih bersifat manja dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.
  • sulung dengan tengah
    anak tengah adalah pasangan yang sesuai untuk sesiapa sahaja. meskipun begitu,ia sering kali menganggap si sulung yang sentiasa menggertak, jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung,mereka perlulah merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya.
    namun, jika anak tengah cenderung bersikap anak bongsu mereka akn menjadi pasangan yang cukup serasi.
  • tengah dengan bungsu
    hubungan ini akan berjalan lancar jika anak tengah cenderung untuk menjadi anak sulung.
    sulung dengan bongsu
    kombinasi yang selesa .
    si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan lebih dewasa terutamanya ketika berhadapan dengan masalah.
    sementalahan itu, si bungsu dapat mengimbangi sikap serius si sulung..

    ***************
    jodoh adalah ketentuan Allah SWT.
    kita hanya mampu untuk berdoa agar mendapat pasangan yang baik hingga jannah..
    tidak mengira kedudukan sikap keserasian perlu diwujudkan.
    untuk mendapat pasangan yang sempurna adalah mustahil kerana di dunia tiada yang sempurna..sentiap manusia mempunyai kekurangan dan kekurangan yang wujud perlulah di imbangi dengan sikap pasangan yang saling melengkapi..
    ^_^

Monday, February 13, 2012

sepiku kini


Sepi datang lagi,
cuba mengusik hatiku yang dingin,
membawa aku ke satu tafsiran,
adakah aku kini sendiri?

Melihat kau yang dalam kebahagiaan,
aku mengerti kini,
bahagiamu bukan kerana aku,
rinduku hanya untukmu.

Kasihmu ku junjung tinggi,
dirimu sungguh tiada pengganti,
Walau merata ku mencari,
kau tetap satu dalam diri.

kebahagiaan adalah kamu,
pasrah adalah aku,
luka dalam hati,
belum mungkin bisa disembuh.

kehilanganmu kini,
menjadikan aku semakin sendiri,
walau payah tuk aku hindari,
aku tetap cekal mengahadapi.

Aku percaya,
masih ada bahagia untukku.

by: Azirah Azeni

KAHWIN AWAL??

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



Di tulis oleh: Nik Hafizal
artikle ini dari http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150455501403326&set=a.10150345330848326.368954.571563325&type=3

Friday, February 10, 2012

shopping online

come and welcome to my blogshop...
seriously shopping online more easy and save...
click this wonderful box to make your day surprising,..


Tuesday, February 07, 2012

..sikap wanita yang disukai lelaki..


wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan indah di dunia...

antara sikap wanita yang disukai lelaki ialah:

1)MENGHARGAI..
wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. bagi wanita,mereka hanya gemar diperlakukan dengan lembut tetapi lelaki suka dihargai,di puji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
PENGHARGAAN daraipada wanita membuatkan lelaki berasa bangga..
jadi jangan lupa untuk mengucapkan kata-kata terima kasih dan penghargaan kepada kaum adam,.

2)keanak-anakan.
dalam batas yang logik,sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi satu daya tarikan di mata lelaki. mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati iaitu "GEDIK".

3)menghormati diri sendiri.
lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.
wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk. jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu mengelakkan dirinya daripada melakukan sesuatu yang tidak betul malah sangat menjaga maruah diri.
dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

4)penuh pengertian
sikap ini adalah 1 sikap yang membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan , memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah.
sebagai contoh:lelaki yang melakukan kesilapan,wanita yang mengerti tidak akan menuduh bukan-bukan dan sebaliknya mengunakan minda positif dan sedar untuk cuba memahami segala yang berlaku.

5)menjaga penampilan:
lelaki suka pada wanita yang menjada lenampilan untuk terus dipandang cantik,kemas dan bersih. bukan itu sahaja,apa yang dimaksudkan menjaga penampilan adalah seorang yang murah dengan senyuman,pandai merawat tubuhnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. dia suka dan bersyukur dengan dirinya.

6)pandai berbicara.
lelaki akan mudah tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh di ajak berbual. walaupun topik yang disukai oleh lelaki berbeza dengan topik wanita,tetapi wanita yang pandai berbicara dapat mengimbangi perkara tersebut.
lelaki juga suka kepada wanita yang pandai berguraudan pandai berjenaka serta dapat menerima lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka,.

7)simpati dan prihatin.
lelaki suka pada wanita yang murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib orang yang susah,sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih.

Monday, February 06, 2012

bercinta sebelum bernikah??

bolehkan dua pasangan mencipta bahtera bahagia sebelum bernikah?
ada yang berkata ia di haramkan selagi belum  nikah.
BENARKAH??


jika hendak bercinta sebelum bernikah,.
ia hendaklah disusun pada tertib yang terbawah selepas
cinta kepada Allah,
cinta kepada rasulullah,
cinta kepada ibu bapa,
cinta kepda umat islam,.

cinta kepada Allah dan rasulullah mestilah terletak pada tangga yang pertama dan tertinggi,..agar pasangan yang belum bernikah tidak akan melakukan sesuatu maksiat yang melanggar hukum - hakam agama.

cinta kepada ibu bapa pula perlu di unggulkan agar masing-masing tidak akn derhaka kepada ibu bapa dalam persoalan yang lahir.

cinta kepada umat islam juga lebih tinggi nilainya.
ia adalah kerana untuk memastikan pasangan tidak lalai dengan percintaan masing-masing sehingga mengabaikan kepentingan terhadap urussan sesama manusia.

kedudukan cinta kepada pasangan terletak di tangga terakhir akan menyebabkan psetiap pasangan tidak akan mengabaikan cinta kepada Allah,Rassulullah,ibu bapa dan umat islam.

realiti alam cinta membuktikan bahawa amatlah sukar untuk bercinta mengikut tertib di atas sebelum pernikahan.
alam bercinta juga akan mengaburi padangan seseorang hinggakan kita tidak dapat melihat kelemahan dan kekurangan calon pasangannya.
hanya selepas nikah barulah kelihatan segala kekurangan tersebut dan bermulalah penyesalan dan perselisihan faham.

due to the difficulty and ambiguity is a lot of people who have experienced advise that don't dating or in love before marriage..

from this,we should remember that our destiny have been chosen by Allah as early we aged 4 years old,...
couple means nothing without an interest to marriage or intention to do an ibadah..
just put in your heart and pray we will get the best person we never had,...


noted from me: if u read this,..i just want let u know that i have been change because the great guidance from ALLAH S.W.T.  i'm also believed my destiny have been choose and come from ALLAH... when the true time come and with a commitment,,i will make solah istikarah to choose the best one,... InsyaALLAH,..

THANKS BE A GREAT READER,..
:)

Sunday, February 05, 2012

accept me in my worst




best quotes for today,..
the problem is how can we know,..people we can accept or worst in the honest...
always beware..
people may cheat us..
love always fair and never try to lie,..if it will be,.it is because our attitude as a human that never fail to make a mistake again n again..

in my heart I

hello all readers,...

**agak-agak kalau guna bahasa ibunda,..Google marah ke tidak ye?
_tak apa rasanya @ bukan selalu,...

dalam kepekatan malam yang ditemani oleh bintang berkerdipan di langit,.
hati ini rasa sakit dek kebinggungan yang melanda akibat dari sikap yang kian memakan diri...

sebelum bercerita panjang,..
perasaan rindu yang tidak pernah mungkin terungkap,...
ABAH....i really miss u,...
banyak yang abah dah tempuh sepanjang hidup ini,...intan tak mampu bagi banyak tapi cukup sekadar Al-fatihah untuk abah kesayangan intan ini setiap hari,...
kalau abah ada lagi,..mesti abah bangga tengok anak abah ini...dah pandai berdikari dan membantu malah menjaga isteri kesayangan abah,MAK..

she very strong women i knew ever,very care of me..
and
i'm in process to be a great son and the great khalifah,...
InsyaAllah,..