Search This Blog

like

Total Pageviews

Translate

Monday, February 13, 2012

sepiku kini


Sepi datang lagi,
cuba mengusik hatiku yang dingin,
membawa aku ke satu tafsiran,
adakah aku kini sendiri?

Melihat kau yang dalam kebahagiaan,
aku mengerti kini,
bahagiamu bukan kerana aku,
rinduku hanya untukmu.

Kasihmu ku junjung tinggi,
dirimu sungguh tiada pengganti,
Walau merata ku mencari,
kau tetap satu dalam diri.

kebahagiaan adalah kamu,
pasrah adalah aku,
luka dalam hati,
belum mungkin bisa disembuh.

kehilanganmu kini,
menjadikan aku semakin sendiri,
walau payah tuk aku hindari,
aku tetap cekal mengahadapi.

Aku percaya,
masih ada bahagia untukku.

by: Azirah Azeni

1 comment:

Anonymous said...

Sepi itu kadang kala indah.