Search This Blog

like

Total Pageviews

Translate

Monday, February 20, 2012

tanda-tanda dia hanya kawan baik,.


dia baik,memenuhi citarasa dan yg paling penting dia mempunyai ciri-ciri idaman.
tetapi ,ada ketikanya hati berdolak-dalik . betulkah dia pilihan yang tepat ?
ada beberapa faktor yang mencetuskan rasa tidak pasti ini bukan?

namun , apabila berada di sisinya kita berasa tenang. adakah dia lebih sesuai untuk dijadikan kawan baik atau memang ada alasan yang begitu kukuh untuk dia menjadi seorang kekasih?

berikut merupakan sebab dia cuma boleh jadi kawan baik anda:

pertama:
dia boleh bergelak besar sewaktu menceritakan insiden diri mahu digoda oleh teman baiknya.
ini bermakna sewaktu saat anda menceritakan cerita sebegitu,perangainya sedikit pun tidak berubah mahupun kelihatan cemburu,.

kedua:
apabila bertengtangan mata dengannya,kita tidak terasa getaran atau dada berdebar-debar.
perkara ini mungkin berlaku kita terlalu kerap berjumpa dengannya,walaupun tiap hari berjumpa sepatutnya  kehangatan padangan mata masih lagi terasa jika perasaan cinta itu saling hangat membara..

ketiga:
setiap kali membuat temu janji anda tidak pernah pon susah hati memikirkan soal baju,gaya dan penampilan anda,.
its because when we are in love we just want do a best thing to our lover,..want to look nice in their eyes what ever situation is..
>_<

keempat:
di mesin bayaran :parking: ,dengan wajah yang agak selamba dia tidak kisah meminta anda membayar parking tersebut dengan alasan tiada wang kecil.
love deserves to be good so what ever hard situation is we never put a reasons...

kelima:
bila menonton cerita lucu,dia tidak pernah pun nak "cover" cara dia ketawa...walaupun pada masa itu perkenalan anda masih terlalu awal.

keenam:
di saat bercuti, kita tidak teringat langsung pada dirinya.

ketujuh:
si dia tidak pernah malu-malu untuk meminta anda membayar makan malam.

kelapan:
setiap kali berhubungan dia hanya meninggalkan kesan "missed call" pada anda.
tanpa teragak-agak juga dia menyatakan kredit tinggal sikit.

kesembilan:
tatkala anda bercerita tentang masa lalu,pengalaman putus cinta . dia mendengar dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak menunjukkan sebarang emosi.

kesepuluh:
dia tidak pernah menunjukkan sebarang keinginan dan isyarat tentang masa hadapan hubungan yang terjalin.

kesebelas:
dia tidak pernah langsung menampilkan keinginan untuk mengetahui hal peribadi anda seperti siapa keluarga anda dan sebagainya.

kedua-belas:
dia tidak ingat akan hari lahir anda,.meskipun kalau dia ingat dia hanya belanja anda rojak dekat kedai mamak..
paling cun apabila hadiah yang selalu dia belikan untuk anda ialah penanda buku atau keychain semasa bercuti.

ketiga-belas:
setiap kali memperkenalkan diri anda dengan orang lain ,..dia hanya mengunakan perkataan..
"INI KAWAN SAYA"


***********************
itu adalah antara tanda-tanda dia hanya kawan baik kita

****
friends that not have reasons to existence.
so don't make our friends feeling uncomfortable with our attitude.
  is really hurt when we loss our love but
is really double-double hurt when we loss our best friends.




No comments: