Search This Blog
like
Total Pageviews
Translate
Tuesday, February 07, 2012
..sikap wanita yang disukai lelaki..
wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan indah di dunia...
antara sikap wanita yang disukai lelaki ialah:
1)MENGHARGAI..
wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. bagi wanita,mereka hanya gemar diperlakukan dengan lembut tetapi lelaki suka dihargai,di puji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
PENGHARGAAN daraipada wanita membuatkan lelaki berasa bangga..
jadi jangan lupa untuk mengucapkan kata-kata terima kasih dan penghargaan kepada kaum adam,.
2)keanak-anakan.
dalam batas yang logik,sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi satu daya tarikan di mata lelaki. mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati iaitu "GEDIK".
3)menghormati diri sendiri.
lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.
wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk. jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu mengelakkan dirinya daripada melakukan sesuatu yang tidak betul malah sangat menjaga maruah diri.
dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
4)penuh pengertian
sikap ini adalah 1 sikap yang membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan , memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah.
sebagai contoh:lelaki yang melakukan kesilapan,wanita yang mengerti tidak akan menuduh bukan-bukan dan sebaliknya mengunakan minda positif dan sedar untuk cuba memahami segala yang berlaku.
5)menjaga penampilan:
lelaki suka pada wanita yang menjada lenampilan untuk terus dipandang cantik,kemas dan bersih. bukan itu sahaja,apa yang dimaksudkan menjaga penampilan adalah seorang yang murah dengan senyuman,pandai merawat tubuhnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. dia suka dan bersyukur dengan dirinya.
6)pandai berbicara.
lelaki akan mudah tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh di ajak berbual. walaupun topik yang disukai oleh lelaki berbeza dengan topik wanita,tetapi wanita yang pandai berbicara dapat mengimbangi perkara tersebut.
lelaki juga suka kepada wanita yang pandai berguraudan pandai berjenaka serta dapat menerima lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka,.
7)simpati dan prihatin.
lelaki suka pada wanita yang murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib orang yang susah,sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Benar. Laki-laki dan perempuan dicipta berpasangan. Hubungan yang baik bermula dengan kepercayaan yang kukuh sesama.
Post a Comment