dalam dunia ini tiada yang percuma.
melafazkan cinta mungkin hanya memerlukan modal keberanian dan air liur sahaja.
tetapi untuk membina cinta tersebut ia memang memerlukan sesuatu yang lebih dari itu.
cinta monyet,cinta sejati mahupun cinta sehidup semati..
ia memerlukan modal pengorbanan yang sangat mendalam.
belum ada yang percuma,semuanya memerlukan pengorbanan yang sangat unik..
MASA:
kalau dulu mungkin anda banyak masa yang terluang. boleh lepak seorang diri atau dengan rakan yang lain.
tetapi,sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pula,..
nak teman pergi "shopping",bersiar-siar...nak makan sama sekali.
semua perlukan pengorbanan..
BIL TELEFON:
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain.
jika sebelumnya bil telefon setakat dua tiga puluh ringgit,tetapi apabila sudah di lamun cinta bilnya naik berganda-ganda.
HADIAH:
setiap kali hari jadi dan ulang tahun percintaan anda berdua,sudah pastinya anda terpaksa menyediakan hadiah untuknya.
kalau di berikan hadiah yang murah,mungkin dia tidak suka,tetapi hendaklah dibelikan hadiah mahal tidak mampu rasanya. adakalanya bukan setakat hadiah sahaja yang mahu disediakan,malah kena juga belanja makan.
KOS MAKAN DAN MINUM:
jika dulu,anda cuma makan sorang...tetapi sekarangsudah menjadi dua orang pula.
maknanya bajet pun dah bertambah. nak jimat??
anda bolehlah bayar asing-asing setiap kali bersama.
boleh juga sekali-sekala bawa bekal dari rumah.
TAMBANG:
bagi yang tidak ada kenderaan sendiri,tambang pasti akan bertambah . meskipun ada kenderaan sendiri,..duit minyak pasti juga bertambah.
maklumlah,sukar untuk menolak permintaan si dia yang hendak ke sana dan ke mari.
namun ada cara lain yang boleh dilakukan untuk berjimat,iaitu jalan kaki tetapi ianya tidak boleh di buat selalu ,selepas ini mungkin anda akan jalan seorang diri.
PAKAIAN:
anda terpaksa keluarkan lebih belanja untuk membeli pakaian baru.
si dia tentu tidak suka melihat anda kelihatan selekeh atau ala kadar.
*******************************************
ia memang memerlukan pengorbanan wang ringgit dan tenaga malah masa.
namun di ingatkan supaya pasangan tidak membebankan pasangan yang lain,..hal ini kerana masalah lain akn timbul selepas itu.
berkongsi , menyelesaikan masalah bersama, saling membantu...adalah nampak lagi manis bukan?
>_<
No comments:
Post a Comment