Sindrom Carpal Tunnel??
carpal tunnel ini adalah satu jenis sindrom penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja.
Sindrom Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.
antara simptom-simptomnya ialah:
- kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan. perkara ini sering berlaku apabila kita sedang memegang objek seperti telefon atau surat khabar. dan pesakit kebiasaannya akan mengoyangkan tangan untuk mengurangkan simptom tersebut.
- kesakitan yang terjadi pada ssendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas,bahu atau ke tapak tangan dan jari.
hal ini berlaku jika pesakit melakukan kerja berat atau mengunakan tangan secara berterusan. - rasa lemah pada bahagian tangan akan menyebabkan objek yang dipegang akan terjatuh.
mereka yang beresiko untuk terkena penyakit ini adalah mereka yang mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan secara berlebihan dalam perkerjaan.
punca ianya berlaku pada saya ialah:
penggunaan tangan secara berulang dan berterusan.
penggunaan tangan secara berulang dan berterusan.
lebih dari itu saya pernah mempunyai kecederaan di bahagian pergelangan tangan.
golongan wanita dikatakan mengalami 3 kali ganda resiko untuk terkena sindrom ini. ia juga di katakan di sebabkan keturunan.
No comments:
Post a Comment