hari ini admin nak kongsi maklumat berkaitan interaksi dan hubungan di antara anda serta pasangan anda berdasarkan kedudukan keluarga masing-masing.
tapi perlu diingatkan , hubungan yang di jalinkan sebenarnya bergantung kepada persefahaman dan jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T
- sulung dengan sulung
hubungan pasangan ini berpeluang besar untuk sering bertegang urat. masing-masing sentiasa suka berkeras dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. jika hubungan terjalin, ia memerlukan pengorbanan jiwa yang besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini. - tengah dengan tengah
pasangan ini sesuai dan boleh melakukan apa sahaja yang mereka sukai. mereka sangat selesa bersama.
namun begitu anak tengah dikatakan suka menyimpan rahsia. bagaimanapun,masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pendai berkompromi dan sentiasa ingin berdamai. - bongsu dengan bongsu
bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan.
namun apabila tidak melihat kenyataan tentang konflik kehidupan dengan betul,mereka sukar untuk mengawal situasi. kedua-duanya lebih bersifat manja dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. - sulung dengan tengah
anak tengah adalah pasangan yang sesuai untuk sesiapa sahaja. meskipun begitu,ia sering kali menganggap si sulung yang sentiasa menggertak, jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung,mereka perlulah merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya.
namun, jika anak tengah cenderung bersikap anak bongsu mereka akn menjadi pasangan yang cukup serasi. - tengah dengan bungsu
hubungan ini akan berjalan lancar jika anak tengah cenderung untuk menjadi anak sulung.
sulung dengan bongsu
kombinasi yang selesa .
si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan lebih dewasa terutamanya ketika berhadapan dengan masalah.
sementalahan itu, si bungsu dapat mengimbangi sikap serius si sulung..
***************
jodoh adalah ketentuan Allah SWT.
kita hanya mampu untuk berdoa agar mendapat pasangan yang baik hingga jannah..
tidak mengira kedudukan sikap keserasian perlu diwujudkan.
untuk mendapat pasangan yang sempurna adalah mustahil kerana di dunia tiada yang sempurna..sentiap manusia mempunyai kekurangan dan kekurangan yang wujud perlulah di imbangi dengan sikap pasangan yang saling melengkapi..
^_^
1 comment:
Belajar memahami pasangan satu alternatif yang baik.
Post a Comment